Monday, 7 July 2025

Majlis Nyibajan Kampung Sumur Benuk 05. 07. 2025

NGARUM NYIBAYAN KAMPUNG SUMUR BUNUK 2025 MERIAH – TRADISI DIPUPUK, PEMBANGUNAN DIPERKASA

PADAWAN, 5 Julai 2025 – Majlis Ngarum Nyibayan Kampung Sumur Bunuk 2025 telah berlangsung dengan penuh meriah di Dewan Pusat Kebudayaan Kampung Bunuk malam tadi, disertai lebih 300 orang penduduk tempatan.

Majlis ini diadakan sebagai penutup rasmi sambutan Gawai Dayak dan menjadi platform mempererat hubungan silaturahim dalam kalangan komuniti setempat. Turut memeriahkan majlis ialah persembahan tarian tradisional seperti Sirindang Purung dan Jekau, yang menampilkan keindahan warisan budaya masyarakat tempatan.

Acara ini dianjurkan oleh Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Sumur Bunuk dan telah dirasmikan oleh YB Datuk Dr Jerip Susil, Timbalan Menteri Pengangkutan Sarawak (Udara & Jalan) merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) N.19 Mambong.

Monday, 19 December 2022

Sumbangan Untuk Warga Kampung Yang ditimpa kesusahan


Penyerahan sumbangan dari tabung kebajikan Kampung Sumur Bunuk yang diwakili oleh Bendahari Kampung Sumur Bunuk En. Binyas anak Suem kepada warga kampung yang ditimpa kesusahan.













 

Saturday, 10 December 2022

Gotong Royong Klinik Kampung bunuk

 




Dengan kerjasama kakitangan Klinik Kesihatan Bunuk, Kampung Sumur Bunuk beserta kampung- kampung lain sekitar Kawasan Puncak Borneo telah membuat gotong royong membersihkan kawasan klinik ,seperti menebas rumput, mengutip sampah serta membersihkan kawasan sekeliling klinik. Terima kasih kepad yang terlibat dalam program ini. Antara kampung yang terlibat sama adalah Kampung Segu benuk, Kampung Punau, kampung Sumur Benuk dan Kampung Sorot Benuk.Tahniah dan syabas di ucapkan.

Sunday, 27 November 2022

Gotong royong Derod Barau ( Gunung Barau).

 




 Derod Barau atau Gunung Barau adalah gunung warisan nenek moyang suku sakat besegu sejak dari dahulu lagi dan ia antara satu gunung yang harus dipertahankan untuk mengekalkan keaslian tempat tersebut. Antara yang menarik mengenai gunung ini termasuklah barang-barang peninggalan orang zaman dahulu seperti tempayan lama dan sebagainya.selain itu , Gunung barau juga terdapatnya spesis orkid yang yang jarang di jumpai, dan spesis flora dan fauna yang unik.
Warga Kampung Sumur Benuk tidak ketinggalan turut serta dalam aktiviti gotong -royong yang di anjurkan oleh JKK Derod Barau.

Sunday, 20 November 2022

Membantu Rumah Yang Terkesan Disebabkan Ribut Dan Hujan Lebat





Rumah Penduduk yang ditimpa insiden ribut yang kencang dan hujan lebat. Pihak JKKK Kampung Sumur Benuk beserta penduduk kampung telah turun padang untuk menghulurkan sedikit bantuan dari segi tenaga dan juga sedikit sumbangan bagi meringankan beban keluarga yang ditimpa kesusahan.