Monday, 7 July 2025

Majlis Nyibajan Kampung Sumur Benuk 05. 07. 2025

NGARUM NYIBAYAN KAMPUNG SUMUR BUNUK 2025 MERIAH – TRADISI DIPUPUK, PEMBANGUNAN DIPERKASA

PADAWAN, 5 Julai 2025 – Majlis Ngarum Nyibayan Kampung Sumur Bunuk 2025 telah berlangsung dengan penuh meriah di Dewan Pusat Kebudayaan Kampung Bunuk malam tadi, disertai lebih 300 orang penduduk tempatan.

Majlis ini diadakan sebagai penutup rasmi sambutan Gawai Dayak dan menjadi platform mempererat hubungan silaturahim dalam kalangan komuniti setempat. Turut memeriahkan majlis ialah persembahan tarian tradisional seperti Sirindang Purung dan Jekau, yang menampilkan keindahan warisan budaya masyarakat tempatan.

Acara ini dianjurkan oleh Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Sumur Bunuk dan telah dirasmikan oleh YB Datuk Dr Jerip Susil, Timbalan Menteri Pengangkutan Sarawak (Udara & Jalan) merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) N.19 Mambong.