Sunday 13 June 2021

GOTONG ROYONG SEMPENA VAKSINASI


Setinggi-tinggi ucapan terima kasih diucapkan kepada  warga kampung yang telah bergotong-royong turut serta untuk memasang kanopi serta menyusun kerusi untuk penyediaan tapak vaksin covid-19 yang bertempat di Klinik Kesihatan Sumur Bunuk. Turut hadir warga klinik,warga kampung Sumur Bunuk dan Warga Kampung Segu Bunuk serta JKKK Kampung sumur bunuk. Syabas dan tahniah.










 

RONDAAN PKP GAWAI





Rondaan semasa musim PKP pada hari gawai oleh Biro Keselamatan Dan Bencana yang diketuai oleh En. Tomlo Anak Damo. Rondaan ini bertujuan untuk memastikan agar warga Kampung Sumur Bunuk Sentiasa Mematuhi SOP yang ditetapkan oleh kerajaan semasa musim PKP. Syabas dan tahniah diucapkan kepada ahli-ahli Biro Keselamatan Dan Bencana.


Bergawailah di rumah bersama ahli keluarga sahaja dan anang regap regap!! doh seon kepur musim kobid-19.!! duag nakap rah.

 

PERBINCANGAN SRBN.

 



Sesi Perbincangan mengenai SARAWAK RURAL BROADBAND NETWORK (SRBN).Inisiatif jalur lebar luar bandar kawasan Kampung Sumur Bunuk.Semoga inisiatif ini dapat membantu dan bermanfaat buat  penduduk dari segi kemajuan internet, jalur lebar dan pengetahuan alam maya dengan kemudahan berkomunikasi secara dalam talian dengan lebih mudah. 

PENINJAUAN PEMBUKAAN JALAN KEBUN BAHARU

 


Peninjauan jalan kebun yang baharu kawasan Rabak Briayang oleh En. Peter ak Wisen selaku timb.Ketua Kampung Sumur Bunuk bersama wakil dari JKR Sarawak.

BANTUAN MAKANAN UNTUK KUARANTIN



Pemberian bantuan makanan (food Basket) kepada penduduk yang sedang menjalankan kuarantin dirumah masing-masing.

CADANGAN MENAIK-TARAF KLINIK






Mendengar keluhan warga kampung Sumur Bunuk Dan Kampung Segu Bunuk, Biro Kebersihan dan Kesihatan JKK kampung Sumur Bunuk telah mengambil inisiatif dengan mengadakan perbincangan  bersama YB Datuk Willie Anak Mongin P198 Puncak Borneo atas cadangan menaik taraf klinik di kampung Sumur Bunuk. Turut Hadir YB. Datuk Willie Anak Mongin P198 Puncak Borneo,KK Sumur Bunuk En. Durit Anak Moting ,KK Bunuk En.Miso Anak Manggi dan Staff Klinik Kesihatan Sumur Bunuk.

Menaik taraf jalan Rabak Briyang



Sesi Perbincangan oleh warga kampung dengan cadangan menaik-taraf jalan kawasan Rabak briyang bersama En. Halik Kuyong selaku wakil daripada Pusat Khidmat Rakyat P198 Puncak Borneo.

 

LAWATAN PIHAK MPP UNTUK CADANGAN PEMASANGAN PAPAN LORONG

 


Ketua kaum En. Durit Anak Moteng bersama En. Mohamad Ismail wakil daripada Majlis Perbandaran Peadawan (MPP) sedang memeriksa lokasi-lokasi cadangan pemasangan papan tanda yang baharu.