Wednesday 11 August 2021

SARINGAN PENGESANAN WABAK COVID-19 WARGA KAMPUNG SUMUR BUNUK

 Untuk memastikan wabak covid-19 tidak merebak dikawasan kampung.Pihak KKM dengan bantuan JKKK kampung sumur bunuk telah mengadakan program pengesanan kontak rapat serta pengesanan virus seraca berkumpulan dan juga dari rumah ke rumah untuk warga emas dan juga OKU.











Monday 2 August 2021

KAMPUNG SUMUR BUNUK DILANDA PKPD.

 Setelah mendapati kes covid -19 di kawasan kampung meningkat secara mendadak. Pihak kerajaan negeri telah memutuskan untuk membuat PKPD di kawasan kampung sumur bunuk untuk mengekang penularan wabak covid-19. demikian dengan itu,penduduk kampung tidak dapat untuk menjalankan aktiviti harian seperti berkebun dan bekerja seperti biasa dan harus duduk di rumah, ini menjurus kepada kemerosotan pendapatan penduduk setempat. Terima kasih kepada kerajaan negeri, kerajaan Persekutuan, badan NGO serta penduduk yang prihatin yang turut terlibat secara lansung dan tidak lansung dalam menyumbangkan bantuan makanan dan lain-lain.Ia amat membantu warga kampung demi kelansungan hidaup semasa Perintah Kawalan Pergerakan .Tidak lupa juga kepada pihak JKKK kampung sumur bunuk yang bertungkus lumus dalam menjalankan tugas dengan penuh dedikasi dan bertanggungjawab semasa PKPD dijalankan di kampung sumur bunuk. #SAMAH TRUKUM.