Friday 15 April 2022

Membantu Rumah Yang Di hempap Pokok Disebabkan Ribut.




JKKK Kampung Sumur Benuk serta penduduk kampung ,Bergotong royong membantu warga yang ditimpa kesusahan .Dengan motto Semangat "SamahTrukum" warga Kampung Sumur Benuk mengikatkan lagi silaturahim serta semangat tolong menolong antara satu sama lain. Kejadian ini berlaku di Lorong Sumur Benuk 25 rumah En. Edwin ak Serom.

 

Sunday 3 April 2022

Latihan Tarian Tradisional Penyambut Tetamu

 Tarian tradisional orang bidayuh untuk pemula.

Tarian tradisional kaum bidayuh sudah tidak asing lagi di kalangan etnik-etnik bidayuh yang tertumpu di daerah Kuching Sarawak. Namun tarian masyarakat bidayuh mempunyai pelbagai rentak dan juga jenis tarian untuk majlis-majlis rasmi tertentu. Contoh tarian di dalam video ini merupakan latihan tarian untuk menyambut tetamu oleh Biro kebudayaan dan kesenian Kampung Sumur Bunuk yang diketuai oleh Cikgu Negro anak Jehong. rujuk video di bawah.